aboutkitaactivitiesresearchpublicationcontacts
PROGRAM AKAN DATANG KITA

_________________________________

 

 











Paparan terbaik IE 6 ke atas
Tarikh akhir kemaskini 14 Feb 2012

TAHNIAH

Profesor Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin telah dianugerahkan gelaran dan pangkat Profesor Ulung daripada Kerajaan Malaysia. Untuk berita lanjut sila rujuk akhbar The Star.

KITA menyambut ulangtahun yang ketiga pada 8 Oktober 2010 yang lalu. Selamat Ulang tahun KITA! Semoga dapat terus menyumbang kearah penyelidikan dan pendidikan dalam bidang kajian etnik di Malaysia.

BERITA TERKINI

Tulisan mengenai Prof. Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin di dalam Resonance. Sila rujuk muka surat tiga Resonance isu nombor 26.

KITA MENERIMA KUNJUNGAN TIMBALAN SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SARAWAK

2 Jun 2010 -- KITA telah dikunjungi oleh YBhg. Datu Abdul Ghafur Sharif, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak bersama-sama pegawai dari bahagian sumber manusia dan pusat latihan negeri Sarawak.

Dalam lawatan tersebut, mereka telah diberi taklimat oleh Anis Yusal Yusoff, Felo Penyelidik Utama di KITA mengenai KITA dan aktiviti penyelidikan yang sedang diusahakan di KITA. Datu Ghafur menyatakan minat kerajaan negeri untuk bekerja sama dengan KITA dalam melaksanakan beberapa kajian serta latihan bagi memahami masyarakat dan hubungan kaum di Malaysia untuk kakitangan kerajaan negeri. Satu perbincangan lanjut dijangka akan diadakan dengan YB Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sarawak bagi memeteraikan hubungan antara kedua pihak.

 

TIDUR SEBILIK TANPA SENGGAMA: SATU KAMUS UNTUK SEMUA

Oleh Ruhan Shahrir Abdul Halim

"Tidur sebilik tanpa senggama". Itu adalah antara kata-kata yang diajukan Professor Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin apabila mengulas tentang hubungan antara etnik di dalam masyarakat Malaysia yang serba majmuk ini.

Di sebalik kata-kata yang memancing senyum ini, ia sebenarnya suatu pemerhatian yang serius di dalam membincangkan tentang persoalan etnisiti di Malaysia yang masih memerlukan usaha berterusan dari pelbagai pihak untuk menjambatani hubungan antara etnik-etnik yang ada bagi mengukuhkan pemahaman dan saling kenal-mengenal antara satu sama lain di tahap yang lebih mendalam lagi.

Salah satu daripada inisiatif untuk merealisasikan usaha ini ialah melalui penghasilan suatu kamus Bahasa Melayu berbentuk popular yang inklusif dan turut merangkumi perkataan-perkataan popular dari pelbagai etnik yang ada di Malaysia ini yang telah diterima di dalam pertuturan Bahasa Melayu seharian. Kamus ini juga nantinya bukan hanya sekadar memberi makna umum terhadap perkataan-perkataan ini tetapi juga memberi pemahaman kepada pengguna-penggunanya tentang latarbelakang sosio-linguistik, budaya, agama, konteks sosial dan etimologi perkataan-perkataan tersebut.

Ini adalah antara rumusan yang dibuat oleh Professor Datuk Shamsul Amri Bahruddin ketika menutup Seminar Antarabangsa Kamus Bahasa Melayu 1Malaysia yang dianjurkan oleh Institut Kajian Etnik (KITA), UKM bersama-sama dengan Centre For Southeast Asian Studies, Northern Illinois University, USA pada 10 Mei 2010 bertempat di Puri Pujangga UKM.

Seminar tentang pengkamusan ini telah membariskan pembentangan makalah dan kertas kerja daripada tokoh-tokoh akademik tempatan dan antarabangsa di dalam bidang antropologi dan sosiologi linguistik serta tokoh-tokoh bahasa daripada Dewan Bahasa dan Pustaka serta Institut Terjemahan Negara Malaysia.

Seminar ini telah dibahagikan kepada dua sessi. Sessi pertama yang membahaskan topik "Kamus Bahasa Melayu Sedia Ada: Kelebihan, Kekurangan dan Cabaran Masa Depan" telah membariskan Professor Dr. Ding Choo Ming dari Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) UKM, Encik Mohd. Khair Ngadiron dari Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) dan Dr. Karim Harun dari Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu UKM sebagai pembicara-pembicaranya.

Manakala sessi kedua pula yang mengajukan topik "Keperluan Kepada Sebuah Kamus Bahasa Melayu yang Mengambil Kira Sosio-Budaya dan Kepelbagaian Etnik Masyarakat Malaysia" telah dibahaskan oleh
Professor Dr. James T. Collins dari Centre for Southeast Asian Studies, Northern Illinois University USA, Puan Azizah Supardi dari Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Professor Dr. Teo Kok Seong dari Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) UKM.

Usaha-usaha ke arah penghasilan Kamus Bahasa Melayu yang lebih inklusif bahasa dan etnik serta memperkirakan tentang aspek-aspek sosio-linguistik, budaya, agama, konteks sosial dan etimologi ini walaupun kelihatan sederhana tetapi sangat penting untuk dilakukan dengan segera dan teliti supaya jambatan pemahaman bersama antara sesama kita dapat diperkukuhkan lagi bagi membentuk kesepaduan sosial yang lebih kejap di antara etnik yang pelbagai di negara Malaysia yang serba majmuk ini.

Nota: Makalah dan Kertas Kerja pembicara-pembicara Seminar ini boleh diperolehi dari pejabat KITA dengan menghubungi Puan Suhana Bahtiar di tel: 03-8921-4641

 


Institut Kajian Etnik
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi
Selangor DE
Malaysia

Tel:    +603 89214641
Faks: +603 89215641

Emel : pghkita@ukm.my

UNTUK MAKLUMAT MENGENAI PROGRAM SISWAZAH DI KITA, SILA KLIK DI SINI.
 
© KITA 2009 Hak Cipta Terpelihara